Ingin cuba hasilkan sendiri gubahan hantaran untuk majlis teristimewa yang bakal tiba? Tidak kira apa pun pilihan anda sama ada gubahan bunga stokin atau bunga dip, kami akan berkongsi kedua-dua teknik tersebut dengan anda di dalam satu bengkel. Antara kandungan yang akan dipelajari ialah teknik dawai bulat, teknik balutan stokin, teknik dip, proses melilit, teknik glitter supaya bunga kelihatan 'grand', senarai kedai gubahan yang direkomen dan pelbagai lagi.
Bengkel ini direka khas untuk mereka yang tidak mempunyai asas di dalam membuat gubahan bunga. Kami akan tunjukkan setiap langkah satu-persatu untuk membuat gubahan. Di akhir bengkel, anda akan dapat menghasilkan dua jenis gubahan iaitu gubahan bunga pahar stokin dan bunga dulang dip.